Friday, August 21, 2009

Are you Ready?

Malaikat diperintahkan memintakan rahmat kepada Allah
untuk hambanya yang berpuasa dan agar mereka mendapatkan
darjat yang mulia.
Maka sangat beruntunglah bagi mereka yang mahu memanfaatkan
kesempatan tersebut dan mudah-mudahan menjadi salah satu dari mereka
yang dimuliakan dan diselamatkan dari api neraka di bulan suci tersebut.
Sesungguhnya Allah membebaskan hamba-Nya dari siksa neraka kerana
beberapa amal:
  • Mentauhidkan Allah
  • Solat dan zakat
  • Pembebasan pada bulan Ramadhan adalah kerana puasa dan barakah yang terkandung di dalamnya dengan banyaknya zikir dan taubat yang di lakukan dalam bulan suci itu.

Nabi Muhammad S.A.W telah menceritakan dari Tuhannya (ALLAH);

"Barang siapa berpuasa di bulan suci itu dengan beriman dan mengharap pahala dari sisi Allah maka diampuni segala dosa yang telah ia lakukan dan barang siapa menghidupkan malam lailatul qadar dengan beriman dan bertulus hati maka diampunilah dosa yang telah ia lakukan".

Brothers and sisters,

Inilah kesempatan yang terbuka bagi orang beriman agar berlumba-lumba dalam beramal kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu lahsumber kekuatan

Ambillah waktu untuk berdoa, itulah sumber ketenangan

Ambillah waktu untuk belajar, itulah sumber kebijaksanaan

Ambillah waktu untuk mendekatiNYA, itulah sumber kekuatan jiwa

Dan rebutlah Ramadhan selagi diberi peluang

Kerana ianya mungkin Ramadhan yang terakhir untuk di nikmati.

Ahlan Wa Sahlan

Ya Ramadhan

Semoga kedatanganmu diiringi kegembiraan dan pemergianmu disusuli kerinduan

No comments: