2006.
Masihkah kau ingat tentang kepayahan dan kerumitan bagi kita mencari cara untuk berhubung? Zaman itu, teknologi tidak sehebat masa kini. Tiada aplikasi Whatsapp atau jaringan internet yang luas dan mudah seperti sekarang. Lagipula dahulu, kita masih bergelar pelajar, dan segalanya perlukan wang. Wang yang kita ada hanyalah wang perbelanjaan sekolah dan kita hanya menabung melalui wang itu sahaja.
Ummi dan abah pula tidak mengizinkan aku untuk berhubung dengan mana-mana lelaki. Telefon bimbit juga tidak diberi pada anak-anak mereka yang remaja, apa lagi yang masih kanak-kanak. Begitu juga kamu. yang tidak punya telefon bimbit. Kita hanya mampu berhubung lewat telefon rumah, tapi tidak boleh berlama-lama, khawatir mencurigakan. Zaman itu, rata-rata anak muda menggunakan Yahoo Messenger (YM) untuk berhubung melalui cara Instant Messaging menggunakan device yang ada jaringan internet padanya sahaja. Maka itu sahaja caranya kita berhubung. Namun, orang tuanya kamu pula tidak membenarkan kamu melayari internet sesuka hati dengan terlalu lama.
Jadinya, pada tiap pagi Sabtu atau Ahad, akan kau kayuhkan basikal biru mu untuk ke cyber cafe hanya untuk mengirim sepucuk surat buat ku melalui Email, dan sekiranya ada waktu dan wang yang lebih, kamu akan menegur ku di YM untuk kita berbicara dalam satu atau dua jam.
Dan aku dirumah, tiap sabtu atau ahad, tepat jam 9 pagi lagi sudah setia menunggu dihadapan desktop, panasaran menunggu kiriman Email dari mu. I still remember the way my heart fluttered every time I saw your name in my inbox. Seperti rindu yang telah lama membungkam, akhirnya gugur membasahkan gersang hati, dan belum sempat ianya terhenti, rindu yang baru mekar kembali.
Di sekolah pula bicara kita dalam rahsia. Hanya mampu mencuri pandang di tapak perhimpunan atau perpustakaan sekolah. Kamu akan mengira-ngira waktu untuk mengayuh basikal dari rumah mu, agar kita dapat saling membalas senyuman sewaktu memasuki pagar sekolah, setiap pagi. Itu sahaja sudah cukup membahagiakan.
----
Jumaat itu, aku berdiri di bawah pohon teduh. Menanti kelibat kak ngah untuk pulang bersamanya. Pandangan ku hanya ke bawah, melihat tanah yang setia manadah terik matahari. Lalu bayang-bayang mu hadir meredupkan. Kaget, aku mengangkat wajah ku ke atas. Kamu tersenyum dan turun dari basikal biru mu. Sepasang kaki mu menjejak tanah dan perlahan berjalan ke arah ku. Serentak aku tersenyum. Malu mungkin. Bahagia juga. Kala itu, kamu berdiri dihadapan ku, dan semesta menyaksikan perasaan ku yang telah sungguh-- jatuh cinta.
I really like this guy, I really do
No comments:
Post a Comment