Thursday, June 13, 2013

Saat Tuhan memberi bagian Cinta-Nya pada ku, Ingin aku tebarkannya, walau, dengan hanya menulis


بسم الله الرحمن الرحيم






Pada sepasang tangannya, dia, membelek-belek kamera itu. Lalu katanya pada ku;

"Kamera ni best."


Terkesima sebentar. Membentuk reaksi, ku balas dengan pertanyaan, berharap agar getar bisa ku sembunyikan di balik baris kata ini;

"Canon ni siapa punya?"


"Amad punya." Jawabnya.


"Canon type apa?" Soal ku lagi


Dia menjelaskan. dan aku. sepertinya tidak mampu fokus.

Mungkin, karena hati berbunga dapat satu dua bicara dengannya.

Mungkin juga segan tak terkata.

dan selebihnya, daya usaha akal untuk cuba mengambil peratian--Gagal.

dan selepas itu, katanya;

"Nak tengok gambarnya? Try jap."


Belum sempat memikirkan respon yang sewajarnya, terus ku lukis senyum seperti selalunya.

Dihulurnya kamera tersebut untuk aku lihat dan tampak seorang portrait terhasil pada skrin LCD kamera.

Kemudian, soalnya meminta kepastian tentang apa yang sedang aku lihat;

"Cantik kan?"


Terdiam. Tidak terjawab. Hanya mampu tersenyum, sesekali mengangguk perlahan sambil merenung gambar yang terlayar pada skrin tersebut. Lama sedikit baru tersuara, hanya sebaris kata;

Jawab ku; "Cantik. Gambar dia."


Senyuman pada karaktek gambar itu, masih. terukir sama pada bibir yang mengiyakan.

Jika kau ingin tahu, itu, adalah antara portrait yang aku dapat rasa bahagianya teralir hingga pada sosok yang melihat.


dan hari ini. Baru aku tahu.

Portrait itu--Hilang.

*    *    *    *   



Mungkin sebenarnya kita bukan tertarik pada gambar itu,

tetapi pada photographer-nya.

Begitu juga 'perasaan'.

Bagi ku, bilamana hati kita tercuri jiwa dan juga rasa pada makhluk-Nya, hakikatnya, bukan kerana pemilik jiwa itu, bukan juga kerana rasa itu, tetapi pada yang menghasilkan perasaan pada hati kita seawalnya lagi.

iaitu--Tuhan.

Tuhan yang menghasilkan rasa, yang menanam ia subur pada hati kita dan akhirnya, membuahkan kuntuman bunga yang namanya cinta.

sayangku, ternyata aku sebenarnya sedang jatuh hati pada Ilahi.
dan ketahuilah, tiada yang lebih indah dari itu, hanya yang terindah dalam rasa.




-HandsDown-
fotografi bisu berbicara





No comments: