Monday, June 17, 2013

Moga yang terindah selalu buatmu, fi hifzillah



بسم الله الرحمن الرحيم 




Matahari dengan terbitnya
Bulan sama cahanya
Bintang sisi gemerlapnya
dan dia, dengan senyumannya—indah


Bila Allah tarik satu, Dia beri seribu. 
Dan antara milyaran itu engkau tercatat satu.
Selalu aku kagum. Bagaimana tersusunnya pertemuan.
engkau, yang aku cari tanpa sedar
dan yang aku jumpa tanpa radar.

*    *    *    *    *




“kak nusaibah..”
“kita sebaya lah”

“k.fara, tadi dia panggil saya ‘kakak’.
“Maybe sebab nusaibah asyik kawan dengan kakak-kakak. You should stop hanging out with us.” :P
“tak kisah. Saya suka kawan dengan kakak, kakak.”

-----------------------------------------------------------------------------------------------

“Lepas ni saya dah tak ada kawan..”
“adalah. saibah ada ramai lagi kawan lain.”
“Tapi semua kakak, kakak da nk grad.”
“haha. Tak apalah, tu maksudnya, saibah kena cari kawan baru. Atau saibah yang kena jadi kakak.” =)
“Tapi tak sama.”
Dan kami terus menyepi. Hanya berbalas senyum. Sayu..

----------------------------------------------------------------------------------------------


“lepas ni kalau kita nak buat rumah tak boleh berjiran. Bahaya. Haha.”
“nanti sampai ke subuh tak masuk rumah. Haha.”
“tapi seronok pula. Jom berjiran!” :D

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Dengan kamu, setiap warna langit yang berlangsung kita saksikan.
Dari yang putih biru hingga ke oren, ungu merah jambu dan hitam.


Verily. 

Saya memang tak perlukan yang sama dengan kamu semua. Sebab kamu istimewa. 




dan buat kamu yang sedang menjejak graduasi, andai ‘terimakasih’ itu punya rupa, saya mungkin jadi hairan dengan wajahnya. Maka, disini saya hanya dapat tuliskan sahaja ‘terimakasih’ buat;

yang sudi beri saya senyuman

yang suka merepek sampai subuh dengan saya

yang jalan dengan saya sambil pegangan tangan

yang makan aiskrim sesama dan juga yang belanja

yang duduk dgn saya bawah hujan petang, petang

yang propose saya jadi secretary choc fair

yang tolong applykan borang taaruf

yang hantar makanan waktu demam

yang tanya saya; ‘nusaibah ok tak?’

yang buat suka buat magic kononnya haha

yang tunggu saya meeting lewat malam

yang marah saya sebab tak pandai buat kerja

yang jaga saya waktu demam sampai sihat

yang hantar risikan dalam keterpaksaan dan juga kerelaan

yang sudi bercerita tentang perasaan

yang selalu bagi pandangan

yang selalu senyap sebab tak tahu nak cakap apa

yang bersedih semata kerana kegembiraan saya

yang mendengar saya bercerita tak tersudahkan

yang sudi trained saya jadi mc

yang sudi jadi mc dengan saya

yang cadangkan nama saya untuk jadi mc engitex

yang buat lawak buat saya tak rasa nak gelak

yang terlalu naïve buat saya gelak

yang selalu bawa saya jalan, jalan

yang bawa kereta laju laju

yang layankan angan, angan

yang pakai baju sama warna

yang selalu duduk tenang di ruang masjid tingkat tiga sama, sama

yang selalu santai sama tepi riverside

basically. segalanya yang buat saya sedih, gembira, awkward, tak ada perasaan semua;
Jazakumullahukhairan jaza' =)


memutar kembali waktu.
Saat aku melihat kapal yang terlayar,
Selalu aku memikirkan
Bisakah akhirnya ia tiba di garisan ufuk
Berada di antara dua;
Langit dan bumi?
Dalam diam aku meratap,
Agar kaki langit bisa kau temu
Dan suatu saat dapat kau kisahkan pada ku, yang bukan hikayat
Tentang apa rasanya, menjejak ufuk.
Maka dengan itu, teruslah engkau menerbang mimpi, melayar cita.  



 -HandsDown-











No comments: