Sunday, August 5, 2012

Dalam Menguraikan Cinta, Akal Terbaring Tak Berdaya. Kerana Cinta Itu, Hakikatnya, Dia.


بسم الله الرحمن الرحيم 


Sekalipun cinta telah ku uraikan,
dan ku jelaskan panjang lebar,
namun jika cinta kudatangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri…
meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang..
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya..
kata-kata pecah berkeping-keping,
begitu sampai kepada cinta..
dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur..
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan
-Rumi-



Note: Post ini disimpan dalam draft setelah sekian lama..





Kala ini hujan..
Mungkin hujan juga ternanti, nanti ramadhan =)

Assalamu’alaiykum perindu bulan mulia
Bi khair Alhamdulillah..

Syahdu.
Hati ini syahdu.
Sayu.
Hati ini sayu.
Rindu.
Hati ini rindu.

There’s something about the way the street looks when it is just rain..


Ramai orang suka hujan.
Saya suka hujan.
Kamu suka hujan.
Mereka suka hujan.

Hujan itu sentuhan rahmah.
Siapa yang tidak suka bukan?






Kala ini juga, berita cinta kian menyapa.
Tautan hati menceritakan seribu makna.
Disana mereka terikat.
Di sini lafaz janji ikatan murni bersuara.
Seakan tenggelam dalam denyut nadi mengiringi masa yang kian berhenti.
Mungkin umur sudah smpai pada peringkat mengenali ahli rumahtangga.

Wahai Allah,
Jujur.
Saya penat.
Penat mendengar.
Penat melihat.
Penat jasad.
Tiada qudrat.

Mendengar bicara soal jodoh, putera puteri kayangan tiada henti.
Saya penat.
Sangat penat.
Berapa kali hembusan nafas pun tiada dapat menghilang penat.

dia belum sampai, dia belum tiba, dia masih dijaga dalam simpanan Rahsia.
Dan saya percaya, Allah sedang menjaga dia dengan sangat baik, sepertimana Allah menjaga saya.
Wahai Allah, hamba Mu ini memohon, agar Engkau terus memelihara.

Dengarkan,
Saya punyai hajat.
Ingin melihat dia tetapi tidak mampu
Ingin bertemu dia, tetapi belum tahu
Ingin dia menyapa, penantian harus ku tunggu.
maka dengan sebab itu,
saya berhenti.
Maka dengan sebab itu,
Saya sunyikan rasa hati.
Maka dengan sebab itu,
Saya keluar dari penantian.
Saya tidak mahu tunggu Muhajid di jalan Allah.
Takut diri ini terhenti sama bermujahadah di jalan Allah.
Saya tidak mahu bermimpi tentang Perindu Cinta Ilahi
Takut hati ini menduakan melakar cinta duniawi.

Mujahid saya impikan seorang mujahidah,
dia juga impikan seorang bidadari laksana perindu cinta Ilahi.
Namun, jauh disudut hati, dia hanya ingin bertemu si Dia yang abadi.
Sebab itu, dia mahukan pendamping yang dapat bersama melengkapkn diri mengisi ruang hati, sepenuhnya dengan Cinta Ilahi.




Pada pautan seutas cinta pada Pencipta Cinta, 
Hamparkan kalimah rindu pada Dia yang selayaknya.
Hiaskan diri laksana bidadari syurga untuk bertemu yang Allah Setia.

Mungkin pertemuan kita belum terpatri kerana diri ini masih berbaki kelemahan yang masih harus diperbaiki.

Sehingga kita bertemu lagi,
Di saat dirimu layak bergelar suami.
Di kala diriku sudi dijadikan isteri.

Oleh itu, hatiku dan hatimu.
Biarkan mereka disekeliling kita bicara soal cinta.
Hiraukan saja desakan mengejar dunia.
Pasakkan hati kita pada Dia.
Kuatkan hati kita pada Sang Pencipta.
Dengan izin Nya, kita akan bertemu jua.
Percaya. Dan terus percaya.
Dan saat Ini. Izinkan rahsia kita belayar menuju waktunya.

Jangan tunggu, Jangan menanti.
Teruskan mujahadah kita
Agar islam, dikenali segak berdiri dihadapan generasi kita nanti.
InshaAllah 


*   *   *   *   *   *   *   


Fasa kedua, hampir tamat. Sudahkah ramadhan dikau hiasi dengan penuh keindahan yang abadi? Duhai diri, teruskan melangkah, jangan pernah henti. 





Salam Nuzul Al-Qur'an =)



-HandsDown-
mendefinasikan hati





No comments: