Sunday, July 31, 2011

اللهم بَلِّغْنَا رَمَضَان







Bismillahirrahmanirrahim




Nak siap pergi mana tu?

Pergi siap membersihkan hati dan mencantikkan akhlak,
Sekejap lagi, InsyaAllah, nak pergi jemput hadiah dari Allah,
Ramadhan namanya. kena la siap kasi 'cantik' ..

Nak ikut ? ^_^


Assalamu'alaiykum Brothers and Sisters :)

Rasa tak?

Debaran makin laju.

Makin hampir.

Makin dekat.

Adakah saya sudah bersedia...

Apa khabar iman? Sihat kah anda?

Apa khabar hati? Rindu kah anda?

Apa khabar diri? Mampu kah anda?

Hopefully semuanya baik, dalam lindungan Allah ^_^





Pagi tadi hujan hingga ke tengah hari.

Dari jendela pagi mahallah asiah, hujan bagi salam.

Tunggu abah dan umi ambil dari stesen ktm, nampak hujan lagi.

Hujan kelihatan sangat cantik hari ini.

Sentuhannya pun terasa lembut membelai diri.

Bukan bermaksud selama ini hujan tak cantik,

Tidak, hujan sentiasa cantik di mata saya.

Cuma, hari ni bertambah, tambah serinya.

Mungkin hujan pun ternanti-nanti,

Sudah sarat merindu bulan yang penuh dgn rahmah Allah :)

SubahanAllah.






Bila lihat hujan, tiba-tiba teringat cerita dalam buku cerita.

Buku yang saya suka baca sewaktu zaman kecil, kecil.

Bukunya nipis sahaja.

Warna biru.

Tak ingat tajuk dia apa.

Hanya ingat, ia tentang payung baru. yes, umbrella ^_^

Suka lihat gmbar payung dalam buku biru itu.

Payung tu nampak sedap.

Jangan salah faham. Bukan bermaksud saya makan payung..

Dahulu kan ada coklat bentuk payung (ingat lagi?)

Jadi, bila lihat gmbar payung dalam buku tu, saya pun teringat akan coklat payung.

Mungkin sebab itu tidak pernah bosan belek buku tu ulang, ulang kali :)

Berbalik kepada cerita payung,

Ada seorang gadis kecil (saya tak ingat nama dia, jadi saya bagi nama sendiri ye) Gadis kecil bernama 'Adik'. Pada suatu hari, makcik dia bagi hadiah payung untuk dia. warna merah. Dia pun gembira. Sebab payung tu lawa. Adik pun tak sabar nk menggunakan payung tersebut. Jadi setiap hari dia berharap supaya hujan turun. Keluar rumah shj, harapkan hujan. Tetapi hujan tak turun, turun dan akhirnya Adik kecewa...

Hendak dijadikan cerita, suatu petang, tiba-tiba hujan turun. Adik sangat gembira sebab hujan turun. Dia pun terus ambil payung dari dalam rumah dan keluar semata untuk bermain dgn payung merah nya. Lama-lama hujan tak berhenti, dan berlakulah banjir. Semua rumah hmpir tenggelam. Tetapi macam mana tah, Adik terfikir nak jadikan payung sebagai penyelamat dia. Macam dalam gambar kat bawah ni:





Sedang Adik belayar bersama payung nya, dia terjumpa beberapa orang kanak-kanak diatas bumbung yg hampir tengelam bersama dengan rumah mereka. Mula, mula Adik agak keberatan nak tumpangkan kanak, kanak tersebut, lepas dia fikir, fikir balik, dia pun ambil keputusan untuk menumpangkan kanak-kanak tersebut. Jadi, Adik pun ulang alik membawa kanak-kanak tersebut ke tempat yang selamat. Bila selamat semuanya, payung Adik pula rosak. (Saya tak ingat macam mana boleh rosak). Adik sangat sedih. devastated. dissapointed. macam, macam perasaan ada dalam hati dia. Tetapi, bila dia lihat kanak, kanak yg hampir tenggelam tadi gembira sebab selamat, dia pun turut gembira. Hiraukan payung yang sudah tiada.

Masa pun berlalu, dan pada suatu hari, makcik dia pun tahu yang payung Adik sudah rosak. Jadi mak cik dia pun, hadiahkan payung baru, yang lebih cantik. dan akhirnya Adik pun gembira. Begitu lah kisah Adik Bersama Payung Merah.. ^_^



Abah dan umi sudah sampai


* * * * * * *




Ada saya pernah terbaca;
penulis tu kata, bila kita memberi dan membantu dengan hati yang ikhlas, dengan niat yg satu, lillahita'ala, akan lebih terasa nikmat hidup. Akan terasa manisnya bahagia saat itu. Dan lebih indah jika kebaikan yang dilakukan itu, dirahsiakan atau tidak dilihat dan diketahui walaupun ia perbuatan baik yang sangat kecil.

Jadi, untuk Ramadhan kali ini,
Mari kita semak dan jaga niat untuk setiap gerak geri dan langkah kita.
Agar kita tidak menjadikan Ramadhan hnya sekadar rutin setiap tahun,
Malah jadikan ia sebagai pencarian kekuatan dan potensi diri yang sebenar.
Kerana potensi diri ini lah yang akan membantu kita dalam 'serving' our God, Allah.
So everything relate kan kembali pada core yg utama, Allah azza wa jal :)


“Prophet Muhammad SAW Said:
Actions are but by intentions and every person will have (reward) based on their intention” [Muslim]

"The intention is that special moment
just before we do any ritual when we ask ourselves the big ‘why’"


.::Allahua'alam::.


p.s. Final touch tidak berjaya. Surat terlalu banyak sehingga admin pun pending.. admin, maaf jika menyusahkan. Bureaus yg turut sama pending, maaf juga, sebab sy tidak mampu berbuat apa, apa setakat ini. IIUM, I have to see you again next week inshaAllah. Rabbana yusahhilna. Jangan gelisah, minggu depan sudah msuk ramdhan, mari kita doa banyak, banyak. Doa itu kan senjata mu'min? biiznillah :)



-HandsDown-
















Love, nusaibah






4 comments:

Sarah Bt Saadi said...

slmt berpuasa saybaaaa :)
all the best bln puasa ni :)

nusaibah said...

k.sara, syukran kathir :)
back to you sis-Salam Ramadhan, agr Ramadhan kali ini mnjd permulaan utk sesuatu yg lebih baik, wa insyaAllah ^_^ let us strive fr Allah's love and his forgiveness. Smg nujahadah ini tidak akn berhenti hingga kita bertemu syahid yg hakiki biiznillah :)

Ayesha said...

Saiba! (^_^) That was a really nice story. Byk pengajaran walau hanya senipis buku biru. :) I really miss talking with you.

nusaibah said...

Salam ayesha ^_^
yeah. i searched fr tht book kat rumah, da hilang. ad byk lg cerita yg lain under production yg sama,,xingt the name. huhu. and yes,, I miss talking with you too :') buka sem nnt jumpa ye, inshaAllah :)