Wednesday, August 3, 2011

Third of Ramadhan





 بسم الله الرحمن الرحيم

"Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah
dan dimuliakan oleh Nya..
Di bulan ini, nafas-nafas mu menjadi tasbih, 
Tidur mu adalah ibadah, 
Amalan mu di terima,
dan doa-doa mu dimakbulkan.
Mohon kepada Allah, Tuhanmu dengan niat yang suci 
Agar Allah membimbingmu bagi melaksanakan puasa dan membaca kitabNya.."

-Petikan khutbah رسول الله صلى الله عليه وسلم -
.:: ketika menyambut Ramadhan ::.


Assalamu'alaiykum Brothers and Sisters ^_^

Apa khabar hari mu bersama Ramadhan ketiga? 


Hopefully masih berdiri mencari manisnya Ramadhan.
Masih tetap dgn zikr sentuhan hati
Masih sujud membisik rahsia bersama Ilahi
Masih asyik melayari indahnya Kalamullah
Masih setia menanti Lailatul Qadr
Masih sibuk mencari Ibrah sirah nabawi 


Kerana rindu yang tidak pernah henti
Kerana cinta yang tidak pernah padam
Kerana ikatan Janji dalam alam rahim
Kerana Dia kata begitu, Dia kata perlu,
dan Dia hanya meminta ini shj, Hati..


Tidak banyak. 
Hanya hati yg tetap yakin dgn Nya, 
Taat pada Nya
Cinta pada Nya
Ingat pada Nya
Rindu pada Nya
Tidak menduakan dan tidak ingkar
Bukan kerana Dia meminta balasan kerana Dia yang menciptakan,
Apa, apa pun dari diri ini tidak menguntungkanNya, dan tidak sama sekali merugikanNya
Tetapi kerana Dia sayang...
Allah tidak mahu kita rebah, kalah, jatuh, hidup merana, 
Sebab itu Allah minta hati ini.
nusaibah kena ingat, setiap pergantungan pada dunia, makhluk, 
semuanya tidak kekal. Pergantungan yg hanya sementara. 
Pernah ada yang kata;
Jika bahagia kita dibina atas dasar duniawi,
Bila si dunia itu hilang, maka akan roboh lah bahagia yang dibina.
Kerana pasak dunia dan seluruh isinya tidak kekal.


Jadi, kenapa Allah ciptakan keinginan pada dunia jika ia membinasakan? 
Allah jadikan meraka semua itu, semua perkara, benda yg ada pada dunia untuk nusaibah cari Allah..
To get to know Him. To love him. To serve Him. To relate everything back to Him. 
Because of Him, Because of ArRahman, Because of ArRahim, Because of Al Malik, Because of Al Quddus Because of AsSalam. Because of Allah. Because of Allah itu sendiri..






Beloved Allah, didiklah diri ini mencontohi sunnah رسول الله صلى الله عليه وسلم 
Agar suatu hari nanti, di syurga abadi, diri ini dapat bertemu dia, Muhammad SAW, 
Jejak kasih, melihat Wajah Mu, Allah.. Izinkanlah 




*  *  *  *  *  *  *


.:: Selingan / Iklan ::.





Tadabbur Suratul Baqarah verse 183-186, inshaAllah :)








A183


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.




A184



(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. 


A185

.
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.




A186

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.




*  *  *  *  *  *  *




Selamat Ulangtahun Asma' ^_^
Smg kita sama, sama jadi anak umi & abah yg solehah.
Nafas baru dalam bulan Ramadhan.
Agar setiap nafas lahir kerana Ilahi



Ini untuk k.long saya yg sedang berjuang.
Pediatrics - cita cita sebah zaman muda mudi
Sebab rasa macam seronok and, and, sebab
Macam senang je pediatrics. kan? Joke.
Tak mengpa, senang atau susah hiraukan. Yang penting usaha ^_^
Macam dalam gmbar tu ckp;
Allah doesn't want you to be the best,
but He want you to do your best,
because He will take care of the rest.
k.long bolehhh :D
Trust yourself sbb Allah da bg kepercayaan kat awk yg awk boleh buat :)





yang ini untuk semua ^_^
May you be well throughout the year 
InshaAllah



-HandsDown-


نوسيبة نصر الدّين





No comments: