Wednesday, November 14, 2012

Akhirkan Dengan Satu Permulaan



بسم الله الرحمن الرحيم

Mungkinkah kita, padamkan realiti, 

utarakan mimpi..





Assalamu'alaiykum ^_^


Salam 1434 H





Musim.

Tiada yang tidak silih berganti.

Musim.

Berjalan bersama ketentuan Ilahi.
Kerana itu, seteduh atau seperit manapun musim, ia tetap indah.


Corak dunia.

Warna jiwa.



Dan disepanjang perjalanan musim, kita belajar.

Belajar mengenali Dia.
Belajar mencintai Dia.
Belajar memberi.
Belajar menerima.
Belajar untuk bernafas bersama udara Islam dan Iman.
Belajar  menjejaki langkah kekasih yang kita cintai, Muhammad sallahu’alaiyhiwasallam.



Serik. Bunyinya sakit. Namun hakikatnya indah.




Laman ini sunyi. Nafikan. Tidak.

Kerana saya menanti penghujung musim.
Nyata. tiada pernah wujud hujung yang benar, benar hujungnya.
Dan tiada kelihatan, permulaan yang benar, benar terlihat pada ruang mata.

Jika musim luruh ingin menjemput musim sejuk,
Lamarannya berkias.
Hajatnya beralas.
Perlahan membuka bicara, perutusan khabar dan juga berita.

Jika ingin melangkah, bukan sekali bersama sepasang kaki.
Tika ingin memimpin, bukan serentak tangan menghulur, juga menerima.


The changes go subtle.

Very subtle.

Itu namanya, peralihan musim.
Begitu juga manusia.


Moment ini yang menarik hati saya.

Waktu antara detik.
Warna di antara biru dan kuning itu namanya hijau.



Of Ta’aruf and Convest’12











Saya manusia.
Kamu manusia.
Maka kita tidak sempurna.
Penglihatan kita limited.
Pendengaran kita terbatas.
Akal kita tidak mampu melampaui batas.
Kerana itu kita berbeza tapi tetap sama.


Mungkin kamu nampak hujan, saya nampak cerminan kaca.



Mungkin kamu nampak lampu, saya nampak bias cahaya.

Mungkin juga pandangn kita berbeza,

Namun hati kita melihat pada arah yang sama.





Interpretasi, selalunya tidak sama.

Mungkin sebab itu, dalam kelas literature and linguistics Prof./Dr./Miss/Mr/Mdm/Sir sll force us to speak, train us to express. Those weird statements, illogical, impossible, flat, insane, lame, ideas sebenarnya ada maksud yang sangat istimewa jika kita cuba utk fahami.

Dan dengan sebab itu, Rasulullah mengajar kita untuk bersangka baik.

Bersangka baik dengan manusia.
Bersangka baik dengan Allah.

Lessons learnt. Dan akan terus will be learned inshaAllah =)


Disepanjang perjalanan juga saya diajar untuk tidak berkecil hati.

Kecil hati. Benar. Kadang saya rasa, tiada hak untuk saya berkecil hati.
Bukankah kita mengeruhkan lagi air yang dihilir jika dikecilkan hati yang sebenarnya mampu untuk dilapangkan?

Satu nasihat yang saya terima ;

Pressure = force / area.



untuk kurangkan pressure, kita kena luaskan area. 
Jadi, lapangkan dada, inshaAllah pressure kurang walaupun byk force yang menimpa.




Wahai hati,
Belajarlah untuk memerhati dengan mata hati.
Belajarlah menerima.
Kerana setiap yang berjiwa hamba, pasti tiada sempurna.

Pasti ada buruknya. Pasti ada baiknya.
Maka dengan itu, jangan menghukum.


Berprogram. Itu seumpama membina ikatan, relationships dalam rumah tangga.

Dan bila kita sudah sudi mengikat janji, maka cubalah untuk menjayakan hubungan itu, bukan memusnahkan ia.
Bila ikatan sudah terpatri, salah faham itu selalunya ada, maka belajarlah mencari kesefahaman.

Kita tidak selalunya benar, mereka juga tidak selalunya salah.
Belajarlah dari setiap daripada mereka kerana pada diri setiap mereka, 
terselitnya kasih-sayang, terhampar kecantikan, tertanam ketulusan terdampar keindahan, kerana tiada siapa yang sukakan keburukan. Hakikatnya fitrah kita cintakan kebenaran dan kecantikan, dan daripada mereka, kita mengenali Tuhan.

Dengan Sebab itu, belajarlah untuk tidak memperlekehkan.

Ini kata dari hati;

Saya sayang semua yang hadir, 
yang melukis pada kanvas hidup saya, juga yang menconteng hamparan nyawa saya.
kerana menerusi kamu semua, saya belajar satu lagi erti di antara beribu lagi erti yang harus saya terokai. Menerusi kamu juga Allah izinkan saya mencari Dia. Bila kamu semua memberi ruang untuk saya lebih mendekati Dia yang ku Cinta, maka kamu adalah tangan yang memberi, dan saya pula tangan yang menerima. Dan sesungguhnya, tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. inshaAllah =)



Satu yang ku pinta, dan harus ku amali dalam putaran hidup bernama manusia;

Berpesan, pesan lah degan kebenaran, 
dan berpesan, pesanlah dengan kesabaran. (Al-Asr)

Kamu hadiah buat saya daripada Dia.
Kamu ujian buat saya daripada Dia.
Kamu juga amanah yang saya terima daripada Dia.
Ketahuilah, kamu penghubung Cinta antara saya dan Dia.

Kasih sayang juga punya rahsia =)

Dan semalam, kata,kata akhir EM Convest’12 sedetik menyentuh hati saya;

"Satu saja ijtihad saya, to make a better CONVEST."

To improve. 

Melalui kata ini, sy realized, sbnarny semua org pun ingin lakukan yang terbaik. 
Cuma cara kita yang berbeza..Maka dalam perbezaan itu, mesti ada titik pertemuan yang dapat menghubungkn perbezaan tersebut untuk melengkapkan. Jika tidak, mana mungkin Allah pertemukan kita semua untuk bergerak dalam satu garisan yang sama.  Kerana Dia percaya, kita mampu, Dia percaya pada kita semua. 

Dan bila kebijaksanaan Dia mengatakan ‘ya’, siapa kita untuk menidakkan?



Langit pagi terakhir Ta'aruf Week 


Barisan kereta convoy 
Convest'12 - the warriors ^_^
lampu jalan dan langit malam -End of IWC-
Colours - End of Wonder World
=))
Chocolate Rain
Rehearsal Chocolate & Pastry Fair
Konsert Nusantara - the beating hearts
dan ini, mungkin, khidmat terakhir dari kami inshaAllah =')
Sedetik bersama, berabad terasa. Family Chocolate Fair & SMEs Halal Hub CONVEST'11
Barakallahulakuma <3 p="p">
This.
is love
-CONVEST'12-


Jam 12.
Officially tamat.

Tangan kak Mashitah disebelah dicapai. Erat. Lain benar rasanya kali ini.

Nafas pada saat itu, menghembuskan Alhamdulillah.

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.

Melirik ke kanan *senyum*

Sejuta warna.

Seteguk air mata.

Bergaris, garis senyuman juga ukhuwah yg saya jumpa.



-HandsDown-

Pertemuan kita di suatu hari










1 comment:

Anonymous said...

satu perkataan yg mmpu terungkap saat ini.
TERHARU.
smoga ukhuwwah hingga ke Syurga inshaAllah

-bulan-:)