Tuesday, January 17, 2012

Setitis Derita Melanda, Segunung KurnianNya



بسم الله الرحمن الرحيم 


"Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh, hujungnya belum tiba"





Assalamu'alaiykum peminjam nikmat Ilahi ^_^


Harap semuanya kheir dlm jagaan Allah..

Alhamdulillah 'ala kulli hal,
Dengan izin Dia, 

Dengan bantuan Dia,
Dan Kasih sayang Dia
semester one ended dgn seribu satu warna pelangi, rasa hati di sepanjang jalanan yg masih ku nantikan hujungnya yg bagaimana. Moga Allah redha, InshaAllah =)


Agar di setiap langkah, 
di pasakkn dengan niat yg satu, lillahita'ala.


Akhirkan pembuka kiriman kali ini dengan secebis doa & harapan, 

Izinkanlah hnya Engkau yang bertakhta di hati, pertamanya, dan selamanya..

*  *  *  *  *  *  *






Senja Ramadhan 1432 H
Tika ini mata menyaksikan Ramadhan yang hampir berakhir
Mungkinkah ada penyambunnya lagi buat diri ku nanti?
Allah, pertemukanlah..
masih ingat lagi, debaran menanti pembuka alaf baru di kampus tercinta IIUM
Saat ini, zikir ku mengharapkn agar kesibukan duniawi tidak mencarik lembaran Cinta ku pada Dia, Raja Pemilik segala rasa cinta 
Mampukah?

"Allah ada, sentiasa ada, smpai kita mati Dia ada, 
di padang mahsyar Dia hakim yang bijaksana, 
di syurga nanti, Dia pemberi rahmat yg memegang janjiNya"



Bertemankan Ilahi, 
ku mulakan bicara kenangan semester satu, 
tahun dua di Taman Ilmu dan Budi



Langit pagi 
usah berangan lagi, 
kuliyyah sudah menanti 



k.faizah, k.lela dan k.nusrah ^_^



Suka sgt conteng tissue free =) 
Jaga diri semua kakak, kakak, ku 
fi hifzillah inshaAllah



Sciences of Hadith



Novel & Short Story- Assignment paling seronok
20 pages handwritten
Disini Allah ajarkan, 
tentang masa
tentang sabar
Dia juga ajarkan bahawa tiada yang mustahil dgn izin Nya
Jika Dia hadiahkan beban & tanggungjawab
itu kerana Dia rindu, 
itu kerana Dia cinta
itu kerana mungkin kita sudah lupa
jadi Dia tarik kita kembali untuk ingat pada Dia
dan jika Allah tahu kita mampu, 
siapa kita untuk menidakkan kebijaksanaan-Nya?


Belajar untuk terus mencinta seperti dia




Political Science bagi salam,
lihat di luar kelas, ada sekawan bangau menghiasi bumbung jambatan Edu
SubhanAllah, bangau sayang UIA?
sy pn sayang UIA ^_^



Final Touch Grand Munajat
-Sila fokus dalam meeting-
inilah symptom mengantuk dlm meeting
Bila jasad di ofis, fikiran di Mahallah Asma'



Final Imtihan bermula
senyum lebar, lebar, 
dapat nota cinta.
Biarpun satu, maknanya seribu
Syukran k.sha ^_^
juga k.mira & k. fifa 
mereka yg membersamai 
perjuangan setiap tiga lima pagi
Jazakumullahukhairankathira 
maaf, 
setiap 0.00am-2.00am sy syahid dahulu,
tak dapat bersama,sama jihad bersengkang mata



bersama Sociolinguistic



"No Timmy, not I sawed the chair, 
'I saw the chair' or 'I have seen the chair' "
^_^



Kembali dari KAED Gallery
ketika itu, 
hati kata;
"Allah, nusaibah penat, sangat penat, exam tiga hari berturut, turut tiada gap.."
dan di saat itu..
'Cuba nusaibah lihat langit' 
SubhanAllah, cantiknya langit.
Biru sebiru birunya
"Ya Rabbussamawati wal ardh, lapangkanlah Islam ku selapang langit biru"
manisnya Allah yang memujuk hati =)

-When you think you've it bad, others've had it worse (Hlovate)-



Sunrise =)
'nusaibah, knp rasa berat sangat mahu sentuh buku GA'
lihat luar jendela, cantikkan langit Allah?
sedang langitNya begitu indah, tentu Allah lebih tersangat Cantik.
Kalau nusaibah nak lihat Allah,
kena rajin, rajin menghayati ilmu Dia,
menerusi ilmu itu kita kenali Dia, kerana ada yang kata,
tak kenal maka tak cinta.
maka jika tak cinta, mungkinkah layak diri ini bertemu dgnNya?
*muhasabah pagi hari*

"Maka nikmat Tuhan mu yang manakah yang kamu dustakan?" (Ar-Rahman)



SubhanAllah,
Bulan sangat cantik
Sekali lagi Allah ingat kan..
*senyum sendiri*




review subjek akhir
Suka dalam duka

"knp senyum sorg,sorg?"

"teringat kisah silam"

"kisah silam?"

*angguk* "zaman sekolah"

"time-time ni la kan nk ingat zaman sekolah la, kisah silam la. haha"

*senyum* "kan..? itu namanya tak sabar mahu kembali ke bangi"


apa ada di bangi?
home =)
juga kenangan
Sungguh, terlalu banyak yang Allah ajarkan..



Kembali dari Main Hall CAC
mahu menangis rasanya,
bukan kerana sedih,
bukan juga kerana gembira..
terasa rindu sekali ingin menyatakan syukur buat Ilahi sepuas-puasnya
kerana bicara Mu tanpa suara,
dan telah Engkau wahyu kan semuanya di dalam kitab suci,
maka ku buka surat Cinta,
dan jumpa kembali seungkap kata

"ya Tuhanku, masukkanlah aku ke tempat masuk yang benar dan keluarkan (pula) aku ke tempat keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Mu kekuasaan yang dapat menolong-(ku)" 
(Al-Isra':80) 




'Sedetik bersama berabad terasa'
Bintang yng tersenyum sudah menanti tatkala Final Imtihan munutup majlis di CAC Main Hall 
Terimakasih buat yang bermurah hati =)
may Allah bless
ukhuwwah fillah abadan abada, inshaAllah



ikhtiar ketika Dia tarik seketika nikmat sihat




Pandangan langit 
menutup bicara semester satu 2011/2012
Alhamdulillahi ta'ala
=)


 Pada sudut hati kecilku, ia berkata,
imtihan kali ini adalah imtihan yang termanis,
perjuangan yang semata bertemankan Dia




Moga pergantungan ku pada Dia semakin hari semakin bertambah
semakin kukuh tidak goyah bercanggah
dan agar redha ku hanya kerana Dia yang menyusun segala

I thank You,
I praise You..
Allah, cinta hatiku





-HandsDown-
bertemankan Ilahi




























No comments: