Saturday, December 3, 2011

Kiriman dari Hati









Sebut nama Mu, terukir merdu





بسم الله الرحمن الرحيم



Sudah lama blog ini berteman sepi.
harap semuanya bikhair dalam jagaan Allah =)

A kind reminder: Skip post kali ini jika tidak mahu bicara soal rasa dan perasaan, syukran (nusaibah, smakin dkt final, mkin b'tmbh symptoms mcm2)

Buat hati yang pernah jatuh cinta,
yang sedang jatuh cinta dan yang akan jatuh cinta..






Cinta itu jatuh dari Ilahi terus pada hati..




Wahai hujan, saya terasa ingin menulis...


Wahai Allah, 
Susahnya ingin menjaga hati..
Wahai Allah, 
Pemberian Mu ini cukup indah dalam sifatnya sendiri..
Saya tidak mengerti cara dan bagaimana,
Sungguh saya tidak memahmi
Tatkala hati terusik, ia berdetik.


Hujan sudah berhenti..


Simpankanlah dahulu rasa ini
Sehingga tibanya waktu, saat dan ketika..
Peliharalah ia serta kesuciannya
Kunci hati ini selagi tiada kedengaran lafaz yang terpatri
Biarpun ada janji dan saksi
Tiada akan ku buka ruang hati,
Buat insan bernama kekasih
kerana kasih ku diabadikan hanya untik Dia.








Ada percaya yang berkata,
Hanya dengan Izin Dia,
Tanpa lisan  yang berkata-kata,
Serta hati yang tidak perlu meminta,
akan Dia hadirkan semula rasa yang di jaga
dalam simpanan rahsia Lauhul MahfudzNya..


Bismillahirrahmanirrahim,
ini adalah satu penantian.


Penantian dalam ketenangan.
Penantian yang dihiasi kesabaran,
Kesabaran yang dihampari keindahan,
bersama melakar ketabahan, 
bernaungkan keredhaan Tuhan 




Di bawah langit biru Ilahi..


Wahai pelengkap separuh agamaku nanti,
Dalam surah Al-Ankabut ayat lima Allah kata,


"Siapa yang mengharap pertemuaan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah itu, pasti datang. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."



Teruskanlah berharap,
Teruskanlah jihadmu, mujahadah kita.
Jangan resah, jangan gelisah,
Kerana telah ku pinta pada Dia, Sang Pencinta
Untuk menjaga dan memelihara,
Doa dalam rahsia










Wahai orang-orang yang beriman, mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat;
Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar (Al-Baqarah : 153)


-HandsDown-





1 comment:

Aimi Syahirah said...

Jatuh cinta lagi..
dengan bait bait kata empunya blog ini.
:D

Terbaik! Nanti nak copy letak dlm belog. Hehe.

Kakak,
saya dah deactivate.
:')