Wednesday, July 13, 2011

A Short Reminder. InshaAllah =)


Bismillahirrahmanirrahim

One of the best moments,
senyum sorang, sorang. ketawa sendiri :)


Assalamu'alaiykum brothers and sisters ^-^

Alhamdulillah.
Masih survive melayan CONVEST'11
Tidak banyak yang nusaibah dpt kongsikan untuk post kali ni.
Hanya ingin mengingatkan diri sendiri,

nusaibah ingat tak tazkirah pendek sebelum meeting dgn central hari tu?

Brother tu share ayat ap?

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

"Dan tidaklah Aku Ciptakan jin dan manusia
melainkan agar mereka ber'ibadah kepada-Ku" [51:56]


yes, potongan ayat cinta dari surah Adz Dzariyat :)

Wahai diri, ingatlah, sesibuk manapun,
hingga tenggelam dengan urusan yang sementara,
Jangan pernah lupakan Cinta hati.

Surat cinta tu, bawalah ia ke hulu dan ke hilir.
Manatau tengah, tengah buat kerja line internet slow ka, apa ka, ambil lah peluang untuk mencantikkan diri bertemu Ramadhan yang tak lama saja lagi.

Bukan untuk bertemu Ramadhan sahaja,
malah untuk menjadi mendakap diri di kala hanyut dgn urusan duniawi.

Jadikanlah kerja, kerja ini sebagai satu ibadah.

Allah bagi peluang join program bukan semata untuk mencari pengalaman, membina jati diri sambil mencari kekuatan. Malah Allah bagi peluang join program untuk mencantikkan lagi ibadah kita. Asalkan kita tidak salah memilih, tak terkeluar dari landasan, inshaAllah, lillahita'ala, Allah terima ia sebagai ibadah ^-^

Oleh itu nusaibah, jangan biarkan hati mu sepi dengan zikrullah.
Teruskan menjaga hati. Jaga elok, elok ya?
Jagan bagi orang rampas. Jangan bagi orang curi.
Kunci pintu hati dan beri kuncinya pada Allah, untuk dijaga.


Dialah Penjaga yang sentiasa memegang janji.
Dialah Pencinta yang paling setia.
Dan Dialah Pendidik bahagia yang paling Indah

Saratkan hati ini,
Dengan Cinta hakiki,
Sehingga ku rasai nikmat Nya,
Syurga Nya,
Cinta Nya :)



-HandsDown-
p.s. Family CHH CONVEST'11,
Selamat membina ukhuwwah Islamiyyah
Jangan gelisah, jangan stress, jangan menderita sorang, sorang.
Sama, sama bantu. Sama, sama tolong. Sama, sama mencari redha Ilahi.
Rabbana Yusahhilna




No comments: