Tuesday, July 5, 2011

Don't just stand there. Start coloring - Bubble





Bismillahirrahmanirrahim


"Kenapa ramai sangat?"

"Meeting awak kan pukul 10?"

"Jap. Hari ni brapa haribulan?"

"Lima"

"oh. saya ingat empat"


Assalamu’alaiykum


Alhamdulillah. UIA seems fine. Luarannya. Dalamannya, sesak.

Bukan sesak dgn org.

But sesak dgn programs.

Buat organizing committees yang sedang busy ber musyawwarah.

Yang baru habis uruskn LIDV

Yang baru balik dari office src.

Yang masih berada di office src.

Yang msih berulang-ulang kali ketuk caklempong.

Yang sedang menanti kehadiran adik, adik sekolah untuk interschool debate championship

Yang sedang membina pasak CONVEST’11

AND

There’re more in the list.

But I think I should stop listing all of them in here. Kan.

Biasalah tu. Campus life. Orang kata.

Anyways

Berbalik pada centre hidup kita.

Anything and everything.

Every step.

Every breath.

Every beat.

Every space of time between those beats of our hearts.

Kembalikan pada Allah. Usaha. Doa. Tawakkal.

Rabbana Yusahhilna ^_^

Sebenarnya. Bukan ini yang ingin bicarakan.

Tetapi ini:

Dalam kesibukan ber-dealing dgn manusia.

Tidak kira sesama ikhwah atau akhawat. Muslimin atau muslimat. Brothers or sisters. Lelaki dan perempuan. Adam dan Hawa.

Pernah ada yang bertanya, Dalam kerja-kerja berkumpulan macm ni, mesti la kita kena deal dgn org.

Kadang, lelaki kena deal dgn lelaki

perempuan pula perlu deal dgn perempuan.

Ada juga situasi yang memerlukan untuk

Brothers deal dgn sisters.

Dan sisters deal dgn brothers.

Biasa lah tu kan?

Biasa..

Jadi apa issue dia?

Issue dia, sister tu tnya macam ni:

Macam mana nak pastikan asas program yang kita conduct ni, BERSIH?.

BERSIH yang macam mana?

BERSIH disini,dimaksudkan, bersih dari segi menjaga Ikhtilat (pergaulan lelaki dan perempuan, adab diantara lelaki dan perempuan ajnabi-bukan mahram). Basically, macam mana nk jaga ikhtilat, pergaulan lelaki dan perempuan dalam program, program mcm ni?

Saya suka soalan sister. Tetapi saya rasa, klau bab2 macam ni, sy hnya boleh berikan pendapat. dan share-kn sedikit pengalamn kerana ini bukan jawapan muktamad. And ofcourse. Boleh rujuk kepada yang lebih pakar. Jangan pernah berhenti mencari. *muhasabah*

Bagi saya, kalau nak jaga ikhtilat, bukan dlm prog shj. Malah hari, hari pun kena jaga ikhtilat.

Tetapi, yes. Selalunya dlm prog2 mcm ni agk sedikit payah untuk menjaga. Perlukn effort sedikit. Tapi tidak mustahil.

Contoh:

Bila perlu deal lelaki dan perempuan, bicaralah sekadar yg perlu.

Texting pula tak perlu ada ‘smiley2 yg tidak sepatutnya’, ‘huhu’’ hihi’ ‘hehe’ etc yg sound lain macam pun rasanya tak perlu kan? J

Dan saya rasa paling awkward adalah part berdiskusi. Perlukah eye-contact? Macam mana ye? Ada seorang sister pernah cadangkan, dia kata, pandanglah telinganya,jika dia lelaki. Atau boleh juga pandang background. Contohnya, belakang ikhwah tu ada dinding. Pandanglah dinding tersebut. Atau, angguk, angguk ke or ckp oo, ok. Yep. Orait.etc.’ at certain part menunjukkn kita faham dan focus. Atau, paling kurang pun, jika perlu juga eye contact, sebab kadang ada org tak boleh focus klau tak buat eye contact, pandang lah sekilas matanya di akhir ayat. Contoh:

“Saya rasa bla bla blaa..kan”

Part ‘kan’ tu, pandang lah sekilas sekadar untuk mendapt kan confirmation.

Atau kalau tak boleh jugak. Perlu jugak pandang sampai dia hbis cakap, pandang lah dgn pandangan yg serious (sy tak tahu sebenarnya nak explain jenis pandangan ni) atau org kata, Poker face. Seperti pandangan seorg interviewer dgn org yg di-interview.

Selain itu. Yang perempuan, janganlah terlebih memberi, dan yang lelaki pula, jaganlah terlebih menerima.

Macam mn tu?

Madksudnya disini, kita lihat contoh perbualan,

Perempuan: Ada apa, apa lgi?

Lelaki: rasanya xda dah.

Perempuan: ok. Balik dlu.

Lelaki: ok. Esok jgn lupa meeting kul 10. Lmbt potong 10 markah.

Perempuan: Ad markah ke?

Lelaki: klau nak blh je

Perempuan: *gelak2* (wlpn xfunny) ok.

Lelaki: gelak lak.

Perempuan: ye2. Lmbt potong markah. Markah aku skrg da brape?

Lelaki: Brape kau nak?

Perempuan: er.markah semua per brape?


*why am I talking ‘bout this irritatingly un-exist markah la?*


See. That’s one example of konsep memberi dan menerima.

Contoh lain:

Kalau perempuan, pakai pakaian yang tidak menutup aurat dgn sempurna, pun boleh diklasifikasikan sebagai 'terlebih memberi'

Yang lelaki pula, apa lagi. Rezeki depan mata. Terima la. Dan inilah yg dikatakan sebagai terlebih menerima. Rezeki pun ada yang haram dan yang halal bukan? Pandai,pandailah kita memilih.

Mungkin contoh di atas kurang jelas. But you get my point right?

Tak?

Basically, untuk contoh pertama, elakkan conversation harian jadi meleret, leret.

Nak ber ckp boleh. Tetapi elakkan meleret. Kalau meleret, nanti yang perempuan selalu nya(bukan semua) suka borak, borak, jadi bila da start certain conversations, memang dia tak tahu nak stop, and kadang at certain parts dia akan buat muka, or sometimes tak kiralah funny or not, dia akan gelak. Kalau perempuan gelak macam lelaki takpe lah kn? Masalahnya, perempuan gelak macam perempuan. Dan ap yg saya mksudkn dgn ‘jgn terlebih menerima’, ialah, kadang lelaki, dia tahu, conversation tu da berubah topic da mengarut, ngarut.jadi tak penting. Tapi dia suka melayan. Terima jela. Layan jela. Memang smpai esok pagi pukul 10 tak habis borak then terus smbung meeting.(ok. Exaggerate) But then, you get my point kn?

Jadi, ap yg perlu dilakukan? Again, sekadar pandangan dan cadangan, kawal lah diri anda. Letakkn satu batasan atau wall, dinding bahawasanya, lelaki dan perempuan itu tidak sama. They’re different. We are different. Sedangkan kita sesama wanita pun ada bezanya, apatah lagi lelaki dan perempuan. Mesti jauh lebih berbeza. Oleh itu, tak boleh la kita sama kan cara ‘bertnya khabar’ perempuan dgn perempuan dgn perempuan dgn lelaki.

Oleh itu kaum Adam,

tegurlah kami kaum hawa sekiranya perlakuan kami menggetarkan iman mu.

Suara kami, terlebih merdu.

Pandangan kami menusuk kalbu.

Tegurlah.

Berpesan, pesan lah dgn kebenaran, berpesan-pesanlah dgn kesabaran [Al-Asr]

Sebab bagi saya, wanita akan lebih terkesan dgn teguran seorang lelaki terhadap dirinya berbanding dengan teguran perempuan kaum sejenisnya terhadap dirinya. Sebab apa? Sebab malu. Bukan saya maksudkan perempuan tak perlu tegur kaum sejenisnya. Perlu dan sangat perlu. Sanggupkah kita melihat sisters kita dimalukan oleh insan bernama lelaki? Dan ofcourse, untuk mengelakkan jatuhnya maruah wanita.

Wanita itu bukan diri sendiri sahaja, malah saudara sisters kita yang lain. Tidak malukah kita jika sampaikan lelaki yang harus menegur tentang aurat kita, tingkah laku kita sebagai seorang wanita?

Jadi apa yang saya maksudkan ialah, wahai kaum Adam, jika kemungkaran itu berlaku depan mata anda, dan ia sangat menyeksakan diri anda dan tidak dapat mengelak diri dari melihatnya, maka tegurlah secara berhikmah jika itu lah jalan yang terbaik untuk menjaga pandangan, hati dan iman serta mengamalkan amar ma'aruf nahi munkar. And Again, ini hnyalah pendapat dan peringatan buat diri sendiri.

Jadi.Tegurlah dgn berhikmah.

Bukan perasan. Tetapi memang telah diciptakan wanita sebagai penghias dunia yg paling indah.

Dan wanita, ketahuilah, bahawa, seindah hiasan adalah wanita solehah :)

Kawal lah setiap gerak geri mu. Kerana ia boleh menjadi fitnah.

Ia juga boleh merosakkan hati. Hati kamu dan dia.




Panjang kan penjelasan? (harapnya jelas)

Tetapi, ingin saya highlightkn disini,

Apa, apapun pendapat yg diberi,

Jangan pernah abaikan pendapat yg paling bernas.

Utamakan nasihat Ilahi. Kalau sudah faham. Ikutlah apa yang disuruh dan tingglkn yg dilarang.

Mudah. Jangan banyak tnya, jangan persoalkan. Sebab Allah serba serbi tahu dan kita tidak.

Untuk bab ini, boleh rujuk kembali ayat Cinta Ilahi.

Cuba buka Chapter An-Nur ayat 30 & 31.

Ada penjelasan yang lebih jelas. Terang dan padat.

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan [30]

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [31]


Maka benarlah kalam Allah.

Jadi janganlah degil. Ikut cakap Allah. Nanti Allah marah, sia-sia hidup.

Sayang Allah kan? Mestila sayang =)

Prove it. Walk the talk.

And AGAIN. Ini adalah peringatan buat DIRI SENDIRI.

Sekadar berkongsi. Buang yang keruh ambil yg jernih.

Mari mujahadah. Kalau ada yang salah, sila, sila ajarkan ^_^





-HandsDown-

nusaibah, jangan putus asa

penat sedikit takpe.

Allah kan ada.

Sentiasa jaga

^_^







2 comments:

LiYanA sYaMimY said...

suke ...suke.. tapi aku sungguh terasa bab2 suke berborak..ouch!!! kalau la aku leh berubah.. xpe2.. insyaallah aku try,... thanks, nusaibah, mengingatkan kita..

moral of the story.. "jgn meleret bile ckp dgn laki"".. especially org cm aku yg suke berborak.. satu bende un aku leh memanjangkan dr timur ke barat.. dr utara ke selatan... bla bla bla.. seee... aku meleret agy..aish..payah2... hahahah

(^_______^)/ muhasabah diri

nusaibah said...

Salam.
mimy terasa ke? huaa. maaf2. tak berniat.
kt nk ingatkn diri sndiri sbnanye ^_^"
ok. jom sama, sama muhasabah :)