Monday, June 27, 2011

The Moment When You Try to Sing Both Part of a Duet by Yourself - Tumblr





Bismillahirrahmanirrahim



"akak pernah jatuh cinta?"

Tersenyum sendiri mendengar persoalan milik wajah suci dari bumi KISAS itu. Sempat melihat riak muka sahabatnya yang lain.
Mata semua fokus tiba, tiba. Farhana di sebelah sudah tertawa.

"Wahai adikku, mesti la pernah..Cinta itu kan fitrah.
Namun sebaik mana kita menghargai fitrah? "

=)


Assalamu'alaiykum


"If love is great, and there are no greater things,
then what I feel for you must be the greatest."

***********


Harap semua bikhair inshaAllah :)

Alhamdulillah, baru semalam sempat singgah Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS),
untuk program English In Camp buat para pelajar tingkatan lima.
Kagum dengan biah yang diterapkan kat sana.

Hm.
Saya perasan,
mereka suka bila bicara tentang soal cinta.


15: 30pm lebih kurang..

Topic for today's public speaking:

"Early Marriage"

haa. semua seronok. kalah kami yang di UIA.





Remaja dan Cinta.
memang tidak boleh dipisahkan ye? *wink*

Disebabkan adik, adik kisas telah mengigatkan saya, jadi
Hari ini, nusaibah ingin kongsikan bersama peringatan buat diri sendiri..


Pernah dahulu suatu ketika.
Ketika udara terasa masih segar, seakan baru lahirnya semalam yang jauh di telan masa.
Semakin hari, semakin kenal, semakin mengerti dan belajar soal hati.

Mereka kata, saya seorang remaja.
Tetapi remaja itu apa?
Boleh definasikan?
Ada yang kata, remaja tu, young adult.
Ada pula yang beritahu, istilah remaja sepatutnya tak perlu wujud.
Kita semua dewasa. Bezanya cuma ada yang baru hendak belajar menjadi dewasa.
Ada yang sudah lama hidup sebagai seorang dewasa.
Pelbagai definasi yang diberikan.
Dan akhirnya, saya keliru..

Itu kata seorang remaja yang sedang keliru.
Namun masa kata, jangan terus tunggu memikirkn persoalan.
Teruskan berjalan, sebab jawapan itu harus dicari.
Berjalanlah tanpa henti. Bila jatuh, cubalah untuk bangun kembali.

Bukan selalu kita boleh jadi muda.
Bukan selalu kita boleh ganti hati.
Hati lama rosak, ganti baru.
Tidak pernah pula ada tawaran sebegitu.

Jagalah hati yang satu itu.
Jaga baik, baik.
Jaga cermat, cermat.
Jaga dengan penuh kasih sayang.
Jaga selagi masih mampu bernafas.
Jaga sampai nyawa kembali pada yang Satu.

Jangan bagi calar
Jangan bagi pecah
Jangan bagi kotor
Jangan bagi sakit
Jangan bagi mati

Suburkan hati dengan Cinta Ilahi.

Selalu lah minta pada Allah,
untuk merasai manisya Cinta Ilahi.
Berusahalah mencari Cinta hakiki.
Cari sampai dapat. Biarpun cepat atau lambat.
Jangan pernah akhirkan pencarian mu dengan putus asa.
Kerana Allah tidak pernah putus memberi.
Kita pula asyik menerima.

Dan jangan lah gelisah dalam mencari pendamping hidup mu.
Jangan sibuk mencari, tetapi didiklah diri menjadi yang dicari.
Kerana bila tiba masa, waktu dan ketika yang sepatutnya,
Akan hadirnya seorang insan,
Insan yang sudi membantu kita, meraih Cinta hakiki.
Tidak disini, mungkin di syurga abadi.
Izinkanlah, beloved Allah.


"Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini mencintai orang yang beriman,
Dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku" [Riwayat Muslim]












-HandsDown-
rahsia ku adalah rahsia Allah









No comments: