Thursday, September 9, 2010

Saya Sayang Semua

Salam Ramadhan :)

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Masih sempat diri ini bernafas hingga hari terakhir ramadhan dan diizinkan umur ini untuk panjang, mungkin sempat lagi untuk diri ini bernyawa hingga ke penghujung ramadhan 1431 hijrah.

Buat ramadhan tercinta,
Harap pergimu bukan untuk selamanya,
Semoga dapat kita bertemu kembali dalm tahun yg seterusnya.
Agar dpt ku lalui bulan-bulan yg seterusnya
dengan penuh rasa cinta, bukan pada kamu sahaja,
tetapi juga untk pencipta kita, kekasihNya, keluarga, juga saudara-saudara.
Kisah kita akan ku jadikan sejarah termanis dan terindah
seperti yg telah ku janjikan saat kita berjumpa.

Buat ramadhan kali ini,
Diri ini berharap, pertemuan kali ini bukanlah pertemuan yang terakhir.
Jiwa ini masih setia,
masih ingin bersama mu,
masih merayu-rayu agar masa memberi ruang buat kita.

Masa...
Masa...
Masa...

Tiada guna merayu pada masa. Dia terlalu taat menjalankan kerja.


Beloved Allah,
Saya tahu Kamu sedang mendengar,
sedang melihat, dan Kamu juga mengetahui segala isi hati.
Kamu tidak akan pernah kecewakn rasa hati bukan?
percaya itu sudah diletakkan pada Kamu sejak dahulu.

In Allah I trust.
I trust and I trust.

Berkatilah ramadhan ku kali ini,
Terimalah amalan-amalan ku yang ada pada nya.
Kuatkan lah jiwa ini buat hari yang seterusnya.



Disini saya tunggu

menanti dengan penuh setia
untuk kamu,
yang berada disana
Bulan Lailatulqadr yang istimewa :)





-HandsDown-
Salam Syawal
buat yang melukiskan dan juga dilukiskan
pada kanvas hidup
nusaibah nasaruddin
saya sayang semua :)



Beloved Allah,
Bless us, Bless us, Bless us
As the day will be much more beautiful
with Your Blessings





2 comments:

cikdoktorfalsafah said...

KAKAK.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf zahir batin..

Doakan saya ya kakak ;)

nusaibah said...

I'Allah.

Rabbuna Yunajjah :D