Saturday, May 2, 2009

The art of living




Ku minta setangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri.
Ku minta rama-rama, Diberinya ulat bulu.
Ku sedih dan kecewa. 
Namun kemudian, 
kaktus itu berbunga indah sekali. 
Ulat itu pun menjadi rama-rama yang cantik dan ceria. 
Itulah jalan Tuhan. 
Indah pada masanya.
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, 
Tapi Dia beri apa yang kita perlukan.
Kadang kita sedih, kecewa dan terluka.
Tapi jauh atas segalanya, Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan.
Trust in HIM.

Kak long cakap...
Sebenarnya Allah uji kita dengan apa yang kita tak kuat. Allah tahu, kalau kita di beri kejayaan insyaAllah kita akan jadi orang yang bersyukur.. InsyaAllah kita tidak akan lupa dan leka..dan Allah juga tahu, yang kita ini tidak kuat untuk menghadapi kegagalan. Jadi, untuk menjadikan kita ni seorang hamba yang kuat, tabah dan redha, Allah timpakan atas kita kegagalan. Pada masa yang sama, Allah juga tahu yang sebenarnya kita mampu untuk menghadapi ujian tersebut.

Kalau kita fikir, betapa bila ujian ini datang, memang menunjukkan Allah sayang dekat kita. Allah tak nak tengok hamba dia ini lemah. Allah nak tengok hamba dia ni kuat. Allah nak hamba dia ni ingat dekat Dia dan ingat bahawa Allah yang tentukan segala-galanya. Allah nak hamba Dia usaha banyak-banyak lagi kerana Dia melihat usaha yang dibuat. Dia memberi ganjaran atas usaha yang dilakukan. Bukan atas kejayaan hamba-Nya. 

Bila cakap pasal redha, kalau dalam exam, nak cakap redhanya kita pada Allah, apabila kita tengok result, terdetik terus dalam hati kita alhamdulillah..tak ada rasa kecewa, sedih, putus asa, etc. Result kita bagus, tak ada rasa bangga. Result kurang bagus, tak ada rasa kecewa. Bila macam tu, menunjukkan pergantungan kita pada Allah adalah sepenuh-penuhnya. Tawakkal kita pada Allah bukan sekadar kita cakap, 'saya tawakkal'.

Bila sentuh bab redha ini juga, dalam hidup ni, sangat luas sebenarnya skop redha. Pergi bank mesin  ATM rosak, assignments yang dah buat tetiba sume hilang dalam komputer, masak-masak tak jadi, tengah masak gelas pecah, jalan-jalan tetibe terjatuh dan banyak lagi kan.. Semua tu kita kena redha. Semua tu kita kena ingat, bahawa Allah yang takdirkan benda tu berlaku atas kita. Dari sekecik-kecil benda sampai la yang sebesar-besar alam punya. Semuanya dalam aturan Allah. 

Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada-Nya; tidak ada yang mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur yang tidak diketahui-Nya. Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah atau kering, yang tidak tertulis dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz). (6:59)

Jadi sebenarnya, ujian Allah atas kita sentiasa ada. Nak tengok samada kita ni termasuk dalam golongan hamba-hamba yang bersyukur atau tak. Tu je. Tak kisah sama ada ujian dalam bentuk kesenangan atau kesusahan. Semuanya untuk menjadikan kita hamba yang bersyukur dan dalam masa yang sama untuk membentuk diri kita. InsyaAllah, dengan tarbiyyah dari Allah dan dari usaha kita sendiri, kita akan menjadi insan yang soleh. Hamba Allah yang bertaqwa. Sama-sama kita berusaha. 


3 comments:

cicit cino said...

setuju dgn kak long awk!~
insyaAllah dgn usaha yg kite curahkn, pasti ade sesuatu di akhirnye kn?
ape pun redha.. hehe..
my dear! pasti ade sesuatu Allah aturkn utk awk~ don't give up!trskn usahamu~ :)

nusaibah said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.