Sunday, December 5, 2010

Exam, New Sem, Etc




Bismillahirrahmanirrahim :)

Buat loved ones yg sdg berada di perantauan,
sedang berjihad untuk peperiksaan & exams,
dan buat sahabat, sahabat yang bakal memasuki semester baru
di tanah air tercinta.
Juga buat adik, adik yang sedang beramal dengan SPM,
dan yang bakal memsuki tahun baru persekolahan :)

Hari ini saya dapat sdikit info. Jadi sebelum lupa, sebelum terlengah,
baik saya coretkan kembali di sini tentang ibadah dan peperiksaan.
Ramai yang cakap dalam menuntut ilmu kita tak boleh belajar sekadar ingin dapat pointer tinggi, markah tinggi, lulus semata. Majoriti pun pernah denga that statement. kan? :)

Oleh itu, saya ingin berkongsi sedikit
bagaimana nak jadikan exam sbg satu ibadah.






1. Tajdid niat kita belajar untuk mendapatkan ilmu Allah bukan se
mata-mata untuk peperiksaan
2. Mengamalkan solat sunat rawatib sebelum dan selepas solat
3. Membaca surah Yasiin setiap kali selepas subuh
4. Berusaha mendapatkan qiamullail dan rajin tunaikan solat
sunat hajat
5. Minta maaf pada rakan-rakan dan guru-guru tidak kira pernah membuat salah ataupun tidak dan minta didoakan kejayaan kita.
6. Memperbanyakkan doa pada Allah dan yakin bahawa hanya Allah te
mpat kita bergantung
7. Elakkan daripada melakukan banyak dosa kerana ia akan menggelapkan hati kita ketika menjawab soalan
8. Mohon redha Allah
9. Mengamalkan solat sunat dhuha untuk memurahkan rezeki kita
10. menjaga kesihatan

Sehari sebelum exam…
1. Telefon ibu bapa minta didoakan kejayaan kita kerana doa ibu terus sampai pada Allah
2. Berdoa semoga hafalan dikekalkan dan dipermudah jawab peperiksaan
3. solat sunat hajat selepas waktu maghrib atau pada waktu yang lapang
4. Tidur awal supaya dapat bangun subuh awal dan berjemaah di masjid
5. elakkan daripada banyak berbual-bual kosong dan diganti d
engan bacaan Al-Quran

Sejam sebelum exam…
1. Mendoakan kejayaan kawan-kawan tanpa memberitahunya
kerana insyaAllah Allah akan makbulkan doa orang yg mendoakan tanpa memberitahu tuan punya badan
2. Keluar rumah dengan niat dan doa supaya tenang menjawab soalan
3. Perbanyakkan selawat sepanjang perjalanan menuju ke dewan peperiksaan
4. Sentiasa mengingati Allah dan yakin Allah akan membantu hambaNya yang sentiasa memohon padanya
5. Memberi sokongan dan galakan pada kawan-kawan yang kelihatan cemas
6. Menenagkan kawan yang kelihatan gelisah7. Bersyukur kerana Allah mengizinkan kita menjawab soalan dalam keadaan sihat akal yang waras dan badan yang sihat

Sewaktu kertas soalan di hadapan…
1. Niat peperiksaan ini untuk menguji ilmu yang ada dalam dada bukannya hanya untuk lulus semata-mata
2. Berdoa pada Allah agar dipermudahkan menjawab soalan
3. Senyum sentiasa untuk mendapatkan ketenangan
4. Membaca surah Al-Fatihah
5. Baca Ayat Kursi dan Surah Insyirah 3 kali
6. Selawat banyak-banyak

Semasa menjawab soalan…
1. Fokus dalam menjawab soalan
2. Mata jangan meliar melihat orang lain
3. JANGAN MENIRU dan yakin pada jawapan diri sendiri
4. Sekiranya ternampak jawapan orang lain segera beristighfar pada Allah
5. Sekiranya keliru dan terlupa maka selawatlah banyak-banyak
6. Setelah selesai perbanyakkan bertahmid pada Allah (Alhamdulillah) dan yakin kita berjaya menjawab soalan kerana Allah mengizinkan kita untuk lulus berjaya.

Selepas menjawab soalan…
1. Keluar dewan dan menuju ke rumah dalam keadaan sentiasa berterima kasih pada Allah
2. Khabarkan pada ibu bapa bahawa kita sudah berjaya menghabiskan peperiksaan dalam keadaan sihat walafiat
3. Teruskan berdoa dan bertawakal pada Allah agar keputusan cemerlang
4. Lakukan perkara yang sama untuk subjek yang seterusnya



Smg dpt dimanfaatkan bersama, InsyaAllah :)


“Beloved Allah, Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”



Shoot for the moon, Even If you miss you'll land among the stars

cliche kan? Sue me ;)



-HandsDown-





No comments: